Sunday, December 9, 2012

Tenggelam dalam cuaca ini


Tenggelam dalam cuaca ini
Pohon pohon meliuk lentok dipukul angin
Warna langit yang cerah kemendungan
Dipeluk udara nyaman menyelesakan

Tenggelam dalam cuaca ini
Aku dibuai rasa serabut fiil keluarga
Aku di atas awangan rindu menebal di jiwa
Aku menghirup rasa melankolik menyesakkan fikiran

Tenggelam dalam cuaca ini
Aku dibuai rasa serabut itu dan ini
Aku dan dia tahu jawapannya
Kami tak mampu untuk menyelesaikannya
Kerana hak bersuara bukan milik kami

Tenggelam dalam cuaca ini
Aku berbaring di atas awan rindu
Rindu padanya, pada dia dan mereka disana
Aku mahu terus rasa yakin padanya
Aku menunggu masa untuk dipanggil semula
Aku merindui rasa tidak kosong dulu

Tenggelam dalam cuaca ini
Aku dan ceritera melankolik sendiri
Rimas, lemas dan menyesakkan dada
Bernafas dengan tidak sempurna
Bosan dengan atmosfera ini
Mahu aku lari sepantas yang mungkin
Mengharap setiap langkahan itu
Bisa terbuang segala rasa dan cerita ini

Tenggelam dalam cuaca ini
Pohon pohon meliuk lentok dipukul angin
Warna langit yang cerah kemendungan
Dipeluk udara nyaman menyelesakan
Dengan harapan bisa lari dari kenyataan

Hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan perihal yang amat panjang

a.k.u. 091212 18.15pm

No comments:

Post a Comment