Saturday, December 24, 2011

Andai Hari Ini

Andai hari ini
Kudratku mampu membawa aku terbang jauh ke awan
Andai hari ini
Tenagaku bisa membawa aku mendalami lautan dalam
Andai hari ini
Kebijaksanaanku membolehkan aku membolosi atmosfera
Andai hari ini
Masa depan menarik aku dari masa silam ini

Andai hari ini
Kudratku mampu membawa aku terbang jauh ke awan
Akan aku bawa bersama setiap titis air mata di dalam hati
Lalu menukarkannya menjadi hujan yang lebat dari atas sana

Andai hari ini
Tenagaku bisa membawa aku mendalami lautan dalam
Akan aku tinggalkan sebuku perasaan sebesar hati di dalam laut sana
Agar dapat mengisi perut kosong sang ikan

Andai hari ini
Kebijaksanaanku membolehkan aku membolosi atmosfera
Akan aku teguhkan hati, jiwa, iman, taqwa dan amalanku
Lalu bertemu Allah dan mengatakan aku mahu disamping-Nya selalu

Andai hari ini
Masa depan menarik aku dari masa silam ini
Destinasi yang menjadi pilihanku di hadapan nanti
Merupakan SYURGA yang terlampau indah dan hakiki

Friday, November 11, 2011

Di Akhir Ini

Wajahnya tidak seperti gadis novel
Namun raut yang selalu aku tatap
Mampu memberi satu perasaan berbeza
Cukup membahagiakan jiwa

Sang empunya diri yang sederhana
Tak kira apa jua
Dialah yang selalu merendah diri
Anak sulung kepimpinan terpuji

Tak lupa Yang Satu
Bacaan ayat suci memukau jiwa
Rajin dia menurut perintah-Nya
Hingga ketenangan menghiasi wajahnya

Di dalam sebuah kamar kecil
Dia menjadikan yang kecil itu lapang
Selapangnya bersama rasa kebahagian
Dikepil bersama sedikit kasih sayang dikongsi

Ketenangan menyelinap ke dalam hati ini
Sehingga yang kosong seakan terisi
Dia mengilhamkan rasa ini
Penuh keikhlasan walau tak dia sedari

Tatkala aku meraba dalam gelap
Dia datang membawa neon
Cukup untuk menyapu setiap titis air mata ini
Cukup membuat aku merasa dibelai lembut

Diakhir ini di senja ini
Aku merasakan kehangatannya perpisahan
Dimana nanti aku toleh ke kiri di pagi hari
Kosong tanpa dia, ditemani sejuk dan hening pagi

Ingin sekali aku mengemis darinya
Untuk aku bawa bersama dalam perjalanan seterusnya
Supaya ketiadaannya bisa terisi
Dengan sedikit titipan mesra menemani hari-hari

p/s Untuk dia yang diberi nama Noor Atikah binti Che Ahmad.. Saya sayang awak sangat100x!

Friday, June 10, 2011

Bila dia diketuk..

PENCERITA
Bila dia diketuk rasa..
Dia.. yang bodoh
Dia yang pemalas 
Dia yang tak guna
Dia yang tak boleh diharapkan
Dia yang tak boleh dipercayai
Dia yang selalu menjahanamkan
Dia yang tak reti untuk berbakti
Dia yang tak reti membuat jasa dan berjasa
Dia yang tak pernah menyejukkan hati
Dia yang pakar menyakitkan hati 
Dia yang mundur
Dia yang berfikiran kosong
Dia yang selalu berangan
Dia yang tak punye apa-apa
Dia yang tak mahu untuk mengisi otaknya
Dia yang tak reti berbicara apa-apa
Dia yang tak reti untuk berbicara lembut
Dia yang sentiasa berkasar
Dia yang bukan penyantun
Dia yang pantang ditegur
Dia yang tak reti bersabar 
Dia yang hanya tahu membuta setengah hari
Dia yang tuli, buta dan bisu kerana mambuta
Dia yang tak mengerti apa-apa
Dia yang tak mahu untuk mengerti apa-apa
Dia yang hanya tahu berseronok
Dia yang telinganya selalu disumbat headphone, earphone
Dia yang hanya muncul di sesawang
Dia yang hanya tercongok di depan Philips LCD 
Dia yang hanya profesional tentang anak seni
Dia yang terlalu lalai, lalai, lalai
Dia yang terlalu leka, leka, leka
Dia yang hanya fikir duniawi, duniawi, duniawi
Dia yang lalai dalam meniti jambatan ukhrawi
Dia yang terlalu lalai dalam mengejar cinta Tuhan dan Rasul
Dia yang hidup dalam dunia yang tak menghayati agama sebenarnya
Dia yang tak pernah khusyu' dan tawaduk
Dan dia adalah dia

ORANG A
Sampai bila harus begitu?
Sampai bila mahu berdiri di tempat yang sama?
Sampai bila mahu ditampuk lama?
Sampai bila baginya hanya satu soalan mudah...

ORANG B
Ah.. aku tahu siapa dia..
"Nanti-nantilah berubah" katanya
Kalau hari ini menyesal pun
Esok dia masih dengan dirinya yang lama
Penyesalan apa kalau begitu?
Taubatkah namanya itu?
Apa lagi yang boleh dibuat?
Memang sudah begitu
Akan nanti disalahkan takdir dan Tuhan
Katanya "memang aku dah dilahirkan begini
Memang inilah aku, nak buat macam mana lagi"   
Biarkanlah dia.. apa yang boleh kita buat.. (mengeluh)

PENCERITA
Bila Tuhan mahu berbicara dengan dia?
Bila Tuhan mahu menguji dia?
Bila Tuhan mahu mengajarnya?
Adakah ini caranya Tuhan berbicara?
Apa tak mahukah dia masuk syurga? 
Apa yang dia tahu tentang syurga?

ps- dedikasi khas kepada mereka yang tahu dia.. kenal dia.. sedar akan kehadiran dan kewujudan dia di dunia ini.. dan kepada sesiapa yang berkenaan.. Assalamualaikum..!





Friday, May 27, 2011

Doa Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

Sunday, March 20, 2011

Pembentangan Hidup

Hidup.. Ya hidup..
Sandiwara dunia
Permainan manusia
Permintaan tak terhad
Kau jadi tenggelam sendiri
Terjerumus dalam kepentingan sendiri

Tidak merdeka dari nafsu
Tidak bebas dari mahu
Apa yang kau fikirkan
Hanya perasaan mu

Fikirkanlah yang lain
Fikirkanlah kelilingmu
Hiduplah dengan dunia
Dan bukan dengan sendiri

Bangunlah dari tidurmu
Sedalah dari mimpimu
Berdirilah dengan sifat terpuji
Berjalanlah dengan akhlak murni

Sabarlah sabar
Kau pasti berjaya
Kaulah sang juara
Jika sabar kau genggam erat

Peganganmu itu
Pegang utuhlah
Agar kau boleh berdiri teguh
Diatas landasan kukuh
Lengkap dengan binaan utuh
Supaya imanmu tak mudah runtuh

Thursday, February 17, 2011

bosan!

Bosan
Bosan dengan kerja
Bosan dengan sikap
Bosan bosan bosan!

Kerja menimbun 
Dan manusia pun alpa
Lalai mengerjakan kerja wajib
Di kantor kehidupan keluarga
Manusia diburu kebencian
Keluarga yang menyiksa

sikap yang entah apa
kita puncanya, manusia yang utama
diburu sikap hodoh
menjadikan manusia bodoh
menilai itu ini
dengan perspektif sendiri
sikap semborono yang gila
mendidik anak bangsa
yang kemudiannya jadi menggila
mengejar itu ini dengan tujuan yang hina
menyesatkan sehingga jauh dariNya

bosan.. semua tahu..
definisinya tak semudah itu
keterangannya meluas
bosan punya erti yang banyak
bezanya cara manusia membawanya
cerita bosan itu yang merata
dengan watak yang berubah ubah
unsur bahasa dan seni yang lain
metafora anafora hiperbola
cerita milik masing masing
cerita bosan di lantai pementasan
yang sangat murah


Sunday, February 6, 2011

Manifesto Pemberontakan

Semangat muda memberontak
jiwa yang pada mulanya tenang
kini sudah tidak setenang tadi
pemberontakannya yang selari
dengan jiwa yang tidak tenang itu

Sana memberontak
sini memberontak
ruang hati kelam kelibut
fikiran berserabut
anggota badan bersimpang siul
mahu ke kanan mahu ke kiri

Memberontak lagi kali ini
dengan tujuan yang gila
hakikat yang tunggang terbalik
hati kacau dalam akal yang bilau
dimana sebenarnya akal
kemana perginya hati
jiwa hilang, mungkin lari

Ribut taufan yang menggila
bergerak seiringan dengan
Manifesto Pemberontakan diri ini.

Monday, January 31, 2011

Hem..

di tengah ribut orang berkata
aku ditengahnya bingung
aku mahu dewasa!
aku mahu besar!
aku mahu berdiri sendiri!
aku mahu matang!
aku mahu bebas!

di tengah taufan leteran
aku ditengahnya bingit
terasa ingin memintasnya
terasa ingin menjerit melawannya
aku sudah bosan..!
tak mahu dibelenggu rasa itu lagi!
tak mahu jadi pendengar lagi..
telingaku penat
gegendangku lelah
berhentilah..!

di tengah rimbunan gembira itu
aku sudah di tepi
menepi kenapa?
kerana aku bakal kehilangannya
kerana dia bukan dia
kerana saat ini aku bukan utama
kerana saat ini aku bukan dihatinya
kerana saat ini aku bukan aku lagi
kerana saat ini aku....
aku kehilangannya..
dalam timbunan sisa tangisan hati..