Perjuangan ini terlalu sukar
buat aku
Ada naik ada turunnya
Makin lama aku takut putus
asa
Makin lama makin banyak
halangan
Di dalamnya aku mencari-cari
Aku tenggelam dalam rindu
keluarga
Aku tenggelam dalam haus
berkawan
Aku hanyut dalam lapar
bergembira
Aku hanyut dalam dahaga
senyumannya
Aku mahu yang dulu
Bila bilik ini boleh jadi seluas
dulu
Bila keakraban dulu akan
muncul
Bila rasa tenang dulu datang
lagi
Bila benci ini boleh hilang
dari mata
Semuanya bagai hilang dari
aku
Seakan terdampar di pulau
asing
Yang tak pernah wujud dalam
peta dunia
No comments:
Post a Comment