Sunday, April 1, 2012

Manifesto Perjuangan


Perjuangan ini terlalu sukar buat aku
Ada naik ada turunnya
Makin lama aku takut putus asa
Makin lama makin banyak halangan
Di dalamnya aku mencari-cari
Aku tenggelam dalam rindu keluarga
Aku tenggelam dalam haus berkawan
Aku hanyut dalam lapar bergembira
Aku hanyut dalam dahaga senyumannya
Aku mahu yang dulu
Bila bilik ini boleh jadi seluas dulu
Bila keakraban dulu akan muncul
Bila rasa tenang dulu datang lagi
Bila benci ini boleh hilang dari mata
Semuanya bagai hilang dari aku
Seakan terdampar di pulau asing
Yang tak pernah wujud dalam peta dunia