Sunday, May 13, 2012

Apa Yang Aku Mahu


Kalau aku ditanya apa yang aku mahu sekarang
Aku hanya mahu dia diberikan mata yang sempurna
Untuk boleh meluturi hidupan di sekelilingnya
Untuk menyusuri setiap hati orang di sekelilingnya
Untuk dia tidak hanya mementingkan diri sendiri
Untuk dia sedar bahawa terlalu ramai orang di sekelilingnya
Untuk dia tidak meminta simpati atas nasib sendiri
Sedangkan ada ramai lagi yang patut disimpati

Aku hanya mahu aku dan sang yang melahirkan
Yang hanya tinggal di dalam duniaku
Supaya aku dan dia tidak terbeban lagi
Daripada bebanan menunggu yang hakikatnya tidak perlu
Daripada menyedarkan mereka yang takkan sedar
Daripada jeritan dan pekikan hinaan yang tak berhenti
Mengherdik dan mencaci tak mengaku darah daging

Aku hanya mahu aku dan mergastua muliaku
Dikebumikan di dalam satu liang lahad
Pada tarikh dan masa yang sama
Itu sahaja yang aku minta